Bahaya Penyakit Ketumbuhan Fibroid

Ramai yang menyangka Ketumbuhan Fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh. Hakikatnya Bahaya Penyakit Ketumbuhan Fibroid tidak mengenal usia.

set fibroid shakleeKebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai Ketumbuhan Fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

Ketumbuhan Fibroid di kalangan wanita, adalah penyakit yang berkaitan dengan rahim.

Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal namun ia bukan kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma. Ramai wanita yang mengalami Ketumbuhan Fibroid, tidak menyedari akan kewujudan Fibroid di dalam badan mereka sehinggalah menjalani pemeriksaan lanjutan dengan doktor. set fibroid shaklee

Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

Menurut analisa, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim. Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.

Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.

set fibroid shakleeJika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa).Jika fibroid terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.

Ketumbuhan Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing. ubat penyakit ketumbuhan fibroid

Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.

mencegah ketumbuhan fibroidDalam kebanyakan kes, wanita yang mengalami Ketumbuhan Fibroid masih boleh mengandung kecuali jika fibroid itu tumbuh di bahagian servik. Dan juga jika fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.

Bagi penghidap ketumbuhan fibroid yang telah berjaya hamil, biasanya doktor akan menasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid. Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan. set fibroid shaklee

Doktor biasanya akan membiarkan sahaja fibroid bersaiz kecil dan kecil bilangannya. Pembedahan buang fibroid tidak perlu untuk elak risiko tumbuh kembali. Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.

Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda membesar serta keras sehingga menyebabkan pesakit tidak selesa.

set fibroid shakleeDalam situasi tertentu, seperti Ketumbuhan Fibroid bersaiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan; atau Ketumbuhan Fibroid yang mengakibatkan pengeluaran darah haid yang begitu banyak dan berpanjangan, maka perlu dibuang fibroid itu.

ubat fibroidSebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama. Diet sihat dan gaya hidup sihat harus menjadi amalan.

Cara Pengedar Shaklee atau Stokis Shaklee di area anda ?  -->  Pengedar Shaklee dan Stokis Shaklee Malaysia



Cara Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ --> Cara Beli Shaklee Online


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Online --> Daftar Ahli Shaklee Online



Leave a Comment