9 Mitos Kedutan Di Wajah

Setiap wanita di muka bumi ini pasti ingin memiliki kulit yang sempurna. Wanita mana pun akan panik apabila muncul 1 garis di wajah. Sedar atau tidak, penuaan kadang-kadang boleh merosakkan mood berkerja mahu pun temu janji. Ayuh kita fahami dengan lebih mendalam tentang 9 Mitos Kedutan Di Wajah.

  1. MITOS: Kedut hanya terjadi apabila kita sudah tua atasi kedut di wajah

FAKTA: Mitos ini tidak sepenuhnya benar. Pada umumnya, gejala proses penuaan bermula pada usia 20-an, berupa penurunan keanjalan kulit dan kolagen. Namun, gaya hidup yang sihat dan rawatan kulit yang rutin boleh menghalang tanda-tanda penuaan hingga kedut hanya muncul di usia yang lebih tua. Sebaiknya mulakan rutin merawat kulit sejak awal dan elakkan kebiasaan buruk pada kulit.

  1. MITOS: Senam muka dan sering tertawa mencegah timbulnya kedut

set anti kedutan shakleeFAKTA: Memang benar tertawa mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, mulai dari awet muda sehingga meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Tetapi hati-hati, ternyata terlalu ekspresif apabila ketawa boleh menyebabkan gerakan otot wajah yang berlebihan. Tambahan lagi, apabila otot yang terus bergerak ini diiringi penipisan struktur kulit kerana pengaruh usia, maka akan menimbulkan bekas lekukan kulit yang disebut kedut mekanikal, yang biasanya berlaku di sekitar dahi dan mata.

  1. MITOS: Tidur meniarap boleh menyebabkan kedut set kecantikan kulit shaklee

FAKTA: Betul! Kedudukan tidur yang salah juga penyumbang pada pembentukan kedut. Jika anda sering tidur dengan posisi mengiring atau meniarap, risiko kedut di wajah lebih besar kerana geseran dan gaya graviti. Jadi, sebaiknya tidurlah dengan posisi telentang.

  1. MITOS: Kedut diwarisi daripada orang tua kita

set anti kedutan shakleeFAKTA: Memang benar bahawa faktor genetik cukup berperanan dalam pembentukan kedut. Jadi salah satu cara untuk meramalkan kedutan yang akan anda warisi dengan melihat orang tua atau datuk dan nenek anda. Jika mereka memiliki gen kulit kering dan kedutan di sekitar mata, kemungkinan besar anda bakal berhadapan dengan kecenderungan yang sama.

  1. MITOS: Orang yang lebih banyak melakukan aktiviti di luar lebih cepat berkedut daripada orang yang berkerja di pejabat

FAKTA: Mitos ini tidak sepenuhnya benar. Kedua-duanya memang berisiko tinggi punca kulit berkedut. Sinaran matahari tidak baik untuk kulit tetapi berkerja di dalam bilik berhawa dingin juga boleh menghilangkan kelembapan kulit dan punca kulit berkedut. Dalam sedar atau tidak, anda seringkali terlupa untuk menyapu pelembap. Oleh itu, berkerja di dalam atau di luar pejabat, beringatlah untuk selalu melindungi kulit dengan sunscreen atau pelembap agar tekstur kulit tetap terjaga.

  1. MITOS: Kulit orang Asia lebih cepat berkedut daripada orang kulit putih

FAKTA: Tidak benar. Sebenarnya orang kulit putih lebih terdedahset kecantikan wajah shaklee kepada kedutan daripada kulit orang Asia. Ini kerana struktur kulit orang Asia cenderung tebal dan berminyak. Memang orang Asia berada di lingkungan iklim yang sebahagian besar tropika dan terkena radiasi sinar ultraviolet yang lebih banyak. Tapi untungnya, kelembapan tropisnya juga cukup tinggi sehingga kelembapan kulit terpelihara.

  1. MITOS: Kedut lebih banyak dialami oleh orang yang diet dan kurus

set kecantikan wajah shakleeFAKTA: Benar bahawa diet yang salah sehingga menyebabkan kurangnya pengambilan gizi menjadi kulit kedut. Apabila gizi berkurangan, menyebabkan kadar vitamin, protein, dan mineral yang diserap oleh tubuh berkurangan sehingga kekebalan sistem imunisasi juga menurun. Padahal, zat-zat itu bertanggungjawap penuh dalam proses penggantian sel kulit yang rosak serta menjaga elastik dan kelembapan kulit. Jadi, banyakkan pengambilan makanan dan buah-buahan yang mengandungi antioksidan dan juga Vitamin C.

  1. MITOS: Mempunyai masalah penglihatan penyumbang timbulnya kedutan di dahi

FAKTA: Mitos ini benar. Biasanya, orang yang mempunyai halangan cegah kedutan di wajahdalam melihat akan melakukan pampasan dengan memejamkan mata. Automatik, otot-otot yang berada di sekitar mata, dahi dan di antara kening akan berkerja keras secara berulang kali. Ini akan menimbulkan kedutan yang makin parah, jika masalah penglihatan tidak segera diatasi. Sebaiknya, jika bermasalah penglihatan, pakai kaca mata yang bersesuaian agar otot di sekitar mata dan dahi boleh relaks kembali.

  1. MITOS: Paling berkesan menghilangkan kedutan dengan botox

set kecantikan wajah shakleeFAKTA: Ini tidak benar! Hati-hati memilih kaedah rawatan kulit anda yang berkedut. Walaupun banyak teknologi kecantikan segera, anda perlu bijak dalam menangani kedutan pada wajah. Kenali jenis kedut dan sesuaikan dengan usia anda. Kaedah botox dan pembedahan surgeri boleh menukar kulit anda namun prosedurnya juga mempunyai indikasi dan kesan yang lebih tinggi. Pastikan anda berunding dengan doktor terlebih dahulu.

set anti kedut shaklee

pengedar shaklee setia alam

Cara Pengedar Shaklee atau Stokis Shaklee di area anda ?  -->  Pengedar Shaklee dan Stokis Shaklee Malaysia



Cara Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ --> Cara Beli Shaklee Online


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Online --> Daftar Ahli Shaklee Online



Leave a Comment