5 Cara Atasi Jerawat Badan

Golongan remaja mahu pun dewasa sering dihantui Masalah Jerawat. Ini kerana, ketika remaja, seseorang individu mengalami fasa perubahan hormon dan cenderung dengan kegiatan aktif yang turut mengundang timbulnya Masalah Jerawat. Teruskan membaca untuk ketahui 5 Cara Atasi Jerawat Badan. cara atasi jerawat badan

Lebih membimbangkan apabila jerawat tidak sekadar menyerang wajah, malah turut tersebar di anggota lain khususnya bahagian badan. Keadaan ini bukan sahaja mengakibatkan seseorang hilang keyakinan dan sentiasa mengasingkan diri daripada orang lain, malah juga menimbulkan ketidakselesaan.

cara atasi jerawat badanJika diamati, Masalah Jerawat di bahagian badan terjadi akibat beberapa faktor. Antaranya adalah seperti kebersihan, genetik, perubahan hormon badan, persekitaran, stres, gaya hidup dan sebagainya. Oleh itu, boleh dikatakan kebanyakan faktor membawa kepada masalah ini berkait rapat dengan cara seseorang itu menjaga diri sendiri.

7 Petua Hapus Jerawat Dengan Mudah 🙂

Kadangkala, terdapat sesetengah individu yang mengambil ringan terhadap kebersihan diri. Pada masa sama, Masalah Jerawat yang merebak cepat di seluruh badan kemungkinan besar berkait rapat dengan faktor keturunan seseorang. hapus jerawat badan

Jika dibiarkan, nescaya Masalah Jerawat ini akan mengundang tekanan terhadap mental seseorang. Ini kerana, jerawat akan menghakis keyakinan dan boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan.

Kami kongsikan 5 Cara Atasi Jerawat Badan dengan anda! Ia 5 amalan penting yang perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah merebaknya jerawat pada badan. Bagi yang berdepan masalah ini, bolehlah mencuba kaedah yang dikongsikan agar jerawat pada badan dapat dihapuskan dan dicegah daripada terus merebak.

cara atasi jerawat badan1. Mandi sebelum tidur
Badan kita mudah terdedah dengan kekotoran yang terperangkap dengan peluh. Oleh itu, disarankan untuk seseorang itu mandi sebelum tidur bagi memastikan bakteria yang terperangkap dapat dihapuskan. Pastikan anda menggunakan produk mandian yang mempunyai fungsi merawat dan mempunyai elemen anti bakteria seperti pembersih badan dengan teh hijau.

Tips Atasi Jerawat

2. Penggunaan krim dengan 10% peroksida
Ini adalah langkah penting selepas mandi. Krim peroksida adalah bahan penting yang berupaya membunuh bakteria degil yang berada dalam liang-liang kecil pada kulit. Pada masa sama, ia turut menghalang jerawat atau masalah kulit lain daripada merebak dengan lebih teruk. cara atasi jerawat di badan

3. Tukar baju lebih kerap
Tukar pakaian lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari, pagi dan malam. Ini kerana, selain liang-liang kecil dalam badan, pakaian juga akan memerangkap bakteria yang hadir kerana peluh. Selain tukar pakaian, pastikan juga pakaian yang dipakai berada dalam keadaan bersih dan kerap dicuci.

cara atasi jerawat badan4. Pemakanan seimbang
Walaupun dianggap klise, tetapi hakikatnya pengambilan makanan seimbang merupakan langkah utama bagi mendapatkan kulit yang sihat. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi nutrien dan vitamin mencukupi, kurang minyak dan bahan tambahan lain. Perbanyakkan makan sayuran atau buah-buahan dan paling penting, minum air masak dengan mencukupi. hapuskan jerawat badan

5. Skrab buah-buahan
Dapatkan skrab buah-buahan dan sapukan pada bahagian badan yang berjerawat bagi mengeluarkan sisa-sisa kotoran dari kulit anda. Amalkan petua ini beberapa kali seminggu dan teruskan selama tiga bulan. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh buat rawatan skrab di spa atau pusat kecantikan.
Ingin Mengatasi Jerawat Badan dengan pencuci dan Supplement? Whatsapp 017-4666007

pengedar shaklee setia alam shah alam

Cara Pengedar Shaklee atau Stokis Shaklee di area anda ?  -->  Pengedar Shaklee dan Stokis Shaklee Malaysia



Cara Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ --> Cara Beli Shaklee Online


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Online --> Daftar Ahli Shaklee Online



Leave a Comment